Setiap tempat punya cerita
Catatan selepas Kelah Buku @ Kota Baca 2026 di Dataran Merdeka.
Foto ini diketik pada 27 April 2026, jam 12.14 tengah hari setelah usai seminggu bergulat dengan segala macam hal berkaitan KOTA BACA 2026.
Kelah Buku yang dikuasakan oleh BooktubeMY diberikan mandat dan amanah oleh Perbadanan Kota Buku untuk menguruskan persiapan serta pengisian di padang Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Kelah Buku juga mendapat sokongan daripada Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.
Sepanjang tiga hari acara berlangsung secara fizikal pada 24 hingga 26 April 2026, biarpun tim Kelah Buku menahan garing dan meredah becak, kami komited memastikan semuanya berjalan dengan lancar.
Komitmen dan kesungguhan para kru Kelah Buku sangat dihargai. Bahkan tim PKB dan tim Zonnique juga sangat banyak membantu penyelarasan kami.
Terima kasih dan tahniah, Puan Adibah Omar. Semoga Kota Baca dapat terus dilaksanakan pada masa akan datang.
Terima kasih Tuan Mohd Khair dan tim MBKM atas sokongan kalian.
Terima kasih juga Tuan Anuar Manshor yang banyak bertoleransi dan memudahkan urusan kami.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Kelah Buku @ Kota Baca 2026. Segala kekurangan dan ketidakselesaan, kami mohon maaf.
Kita jumpa lagi di Kelah Buku seterusnya!