Ditubuhkan pada April 2012 oleh pasangan suami isteri Hafiz Latiff (Pengarah Operasi) dan Sayidah Mu'izzah Kamarul Shukri (Pengarah Kewangan). Misi: mengangkat landskap seni dan sastera Malaysia, sambil membuka jalan kepada penulis muda untuk masuk ke dunia penerbitan tanpa mengetepikan nilai budaya dan keagamaan.
Khidmat termasuk penerbitan, penyuntingan, perkhidmatan tipografi dan percetakan, dan bengkel penulisan kreatif.
Legasi Oakheart turut menjadi rumah kepada Kafe Buku Oakheart (#KABO), ruang fizikal untuk program sastera dan komuniti pembaca.